23Jun2010...Selamat Sampai
Aku tiba di airport Schipol Amsterdam awal sejam dari waktu yang dijangkakan. Walaupun baru pukul 5 pagi, kecerahan di luar sana seolah-olah sudah pukul 7 pagi. Qory tengah enak dibuai lena ketika aku hantar sms kepadanya. Dia mesti letih gila sebab baru sampai dari Rome sama tarikh dengan aku fly dari Kuala Lumpur. Perbezaan waktu Amsterdam dan Stockholm dalam 2 jam. Kalau di sini dah pukul 5 pagi, jam di Stockholm baru pukul 3 pagi.
Sebaik turun dari perut kapal terbang, tak tahu nak tuju ke arah mana. Bila tanya pada petugas airport tu, suruh ambil ke kiri. Berpandukan papan tanda, aku mula mencari terminal yang perlu aku pergi untuk menaiki flight ke Stockholm. Aku hanya ada masa 1 jam lebih aje sebelum flight ke Stockholm berlepas pada jam 7.05 pagi.
Masa berjalan tu, nampak ada mesin self service check-in. Try aje lah sebab aku tak tahu perlu tuju ke terminal no berapa. Alhamdulillah berjaya buat, malahan siap tolong seorang penumpang lain lagi...huhu.
Berpandukan papan penunjuk arah, aku berjalan menuju ke terminal C-15. Kena melalui pemeriksaan kastam dan pemeriksaan keselamatan pula. Orang memang ramai gila. Berapa kali tengok jam di tangan, takut terlepas flight. Di sini, aku nampak ramai orang Malaysia. Cuma, masing-masing buat tak nampak aje orang senegara. Semuanya datang berkumpulan, mungkin student. Hanya aku sahaja seorang diri.
Jauh sangat rupanya terminal ini. Semasa sampai di terminal C-15 ini, jam menunjukkan pukul 6.10 pagi tapi matahari sudah terik memancar. Masa yang tinggal sebelum masuk ke perut kapal terbang aku gunakan untuk pergi ke toilet bagi membersihkan diri.
Semasa beratur untuk masuk dalam kapal terbang, berkenalan dengan seorang perempuan Cina. Rupanya datang dari Malaysia juga. Rancak la kami berbual walaupun tak lama. Dia dapat seat jauh kebelakang, manakala aku duduk seat depan.
Flight KL 1107 bersedia untuk berlepas ke Stockholm
Mungkin penangan tidur tak berapa lena dalam fligh dari Kuala Lumpur semalam, akibatnya kepala mula berdenyut-denyut sakit. Dalam flight ini, aku dihidangkan 2 biji roti, sebungkus kecil biskut masin dan secawan air teh 'o'. Aku hanya makan sebiji roti dan secawan air sahaja. Tak lalu dah nak habiskan yang lain-lain tu.
Walaupun sakit kepala sangat, mata tetap tak mahu lena. Apa lagi, keluarkan kamera, ambil gambar pemandangan kat bawah sebelum keindahan ini semakin jauh ditinggalkan.
Alhamdulillah, flight ini selamat mendarat di lapangan terbang Arlanda pada pukul 9.10 pagi seperti dijadualkan. Macam tak percaya, aku berada di bumi Sweden sekali lagi...untuk kali ke-3. Lebih tak percaya, aku berjaya travel seorang diri dengan penerbangan yang memerlukan transit dan melalui fobia aku. Huhu
Perbezaan sampai di Arlanda kali ini, tidak perlu melalui pemeriksaan kastam. Mungkin penerbangan dari Amsterdam dikira macam penerbangan domestik. SMS dihantar kepada Qory untuk memaklumkan aku dah sampai. Aku diminta untuk tunggu di terminal 5 olehnya kerana dia dalam perjalanan mengambil kereta sewa di station minyak tak jauh dari rumahnya.
Tertarik ambil gambar tandas di Arlanda Airport sebab gambar perempuan dilukis atas lantai bukan di pintu atau dinding seperti kebiasaan kita lihat
Aku tunggu Qory dekat setengah jam juga. Jalan jam, sebab tu dia lambat. Duduk tak sampai 10 minit di luar ni, sejuk dah mula terasa menyucuk sampai ke tulang. Walaupun sekarang musim panas, tapi kedinginan suhunya memang aku tak tahan sampai terpaksa menyarung baju panas.
Di luar Terminal 5
Kali ini, Qory bawa kereta lain pula. Maklum, kereta sewa, ikut nasib dapat kereta jenis apa. Hari ini dia bernasib baik, dapat kereta Opel bewarna hitam baru berusia 2 minggu. Alhamdulillah, dalam kereta dah tersedia kopi secawan dan 2 ketul roti. Macam tau-tau aje aku lapar..hehe
Kami tidak terus balik ke rumah, sebaliknya menuju ke IKEA, Barkarby. Qory berjanji untuk berjumpa kawannya, Rumaizi, untuk pinjam kettle dan portable gas stove untuk kami bawa ke Spain dan Denmark nanti.
Di sini, aku hanya duduk di luar. Nak masuk pun tak ada mood lagi, maklum, badan letih. Cuaca terlalu cerah, kalau tak pakai sunglasses, memang boleh silau dan pening kepala.
Selepas ambil barang-barang tersebut, kami menuju pula ke skola (a.k.a Universiti) Qory. Plan terpaksa ditukar kerana takut tak sempat untuk dia hadiri lunch dan meeting summer pada pukul 12.30 tengahari.
Berpandukan GPS, kami menuju ke skola Qory yang terletak di Solna. Terkocoh-kocoh juga kami sebab tiba di skola dah hampir pukul 12.30 tengahari. Bayaran parking di sini memang mahal, tapi disebabkan tiada pilihan, terpaksa juga parking.
Sementara tunggu dia habis bermesyuarat, aku merayau seorang diri dalam kawasan Karolinksa Institutet (KI) ini. Universiti ternama ini memang besar kawasannya. KI memang terkenal sebagai pusat pengajian perubatan.
Perut dah mula rasa lapar semula. Nasib baik biskut sebungkus yang dapat dalam flight tadi tersimpan dalam sling bag aku. Boleh juga alas perut.
Lebih kurang sejam lebih juga aku tunggu Qory selesai bermesyuarat. Selesai urusan dia, kami terus balik ke rumah. Sebelum naik ke rumah, sempat kami singgah di supermarket berdekatan rumahnya untuk beli beberapa barang keperluan. Tidak ketinggalan yang dibeli, biskut "happy" kegemaran aku.
Sampai ke rumah dia yang comel tu, unpacked barang dan simpan ikan-ikan yang dibawa khusus dari Malaysia.
Kami mendapat jemputan makan malam di rumah Kak Yan. Tapi, Qory masak juga kari daging dan murtabak. Masa dia sibuk memasak tu, aku dah terlena. Maklum, mata ni belum set ikut waktu Sweden.
Bangun tidur, dia dah siap memasak. Kawan aku seorang ni, sejak duduk negara asing, macam-macam resepi dia cuba. Siap buat dan berniaga murtabak di kalangan orang Malaysia yang tinggal di sini. Hebat makcik! Tak tahan sangat tengok kari daging, habis juga sepinggan seorang nasi tu sebelum pergi ke rumah Kak Yan.
Di rumah Kak Yan, kami dijamu nasi ayam. Qory la yang beria makan, sedangkan aku rasa macam bersahur. Mata mengantuk sangat, tapi mereka ni relaks jer berborak. Haiii...jet lag...
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak