22 Jun 2010 (Selasa)_Putrajaya

Berseleraknya katil aku...
Hari ini aku dah mula bercuti. Memang flight aku pukul 11.15 malam, tapi banyak lagi perkara tak diselesaikan terutamanya bab mengemas barang. Juga memasak ikan patin kegemaran Qory. Kalau tak ada gulai ikan patin ni, silap-silap nanti dia tak bagi aku masuk rumah dia. Huhu
Aktiviti lain, pastikan ikan-ikan kecil favourite dia dibekukan dengan jayanya supaya tak busuk melalui perjalanan hampir 18 jam itu nanti. Selain itu, basuh semua baju kotor, kemas rumah dan tidak ketinggalan cuci toilet Citi. Juga siapkan barang-barang dia supaya senang nanti Mak De dia datang ambil Sabtu ni.
Perkara paling penting, pastikan semua dokumen dah ada. Aku check-in online sebab senang nanti tak payah beratur panjang di airport. Kali ini aku pergi tidak dihantar oleh sesiapa ke airport. Walaupun adik aku offer untuk hantar, tapi aku tak nak menyusahkan mereka. Yer la, esok diaorang nak kerja. Kalau datang sini, hantar aku ke airport, pastu nak patah balik ke Raub, memang meletihkan. Jadi, aku call teksi untuk hantar ke stesen ERL.
Malangnya, teksi pula datang lambat. Stress aku dibuatnya sebab rancang nak naik tren paling lewat pukul 8.20 malam. Aku sampai ke stesen ERL, tren 8.20 malam tak sampai seminit baru berlepas. Aduh, kena tunggu tren seterusnya lagi setengah jam.
Ada masa 30 minit lagi ni, sempat la aku solat Ishak dulu kat surau stesen ni. Keluar dari surau, elok-elok aje tren pun sampai. Apa lagi, pecut laa.....adeehh, beratnya mengangkat beg besar turun tangga. Kalau naik lift, kompem, tak sempat.
Walaupun kelam kabut sejak dari rumah, aku akhirnya berjaya sampai di KLIA pukul 9.05 malam. Memandangkan waktu masih awal, pergi beli KFC dan Mc Donald untuk Qory dulu. Semuanya aku sumbat dalam beg besar. Kiranya, dalam beg aku ni penuh dengan makanan aje la. Pakaian hanya dua tiga helai aje aku bawa.
Usai menyumbat makanan segera tersebut dalam beg, aku menuju ke kaunter drop-off bag. Inilah untungnya bila dah check-in online, hanya perlu ke kaunter untuk check-in luggage. Nasib baik juga tak ramai orang, jadi, banyak masa boleh dijimatkan.
Urusan check-in bag selesai tak sampai 10 minit. Baru lega dan boleh makan malam dengan amannya. Cari port yang strategik, aku nikmati nasi goreng yang dibawa dari rumah dengan selesa.
Lepas makan, baru "cerah" mata. Lebih kurang pukul 10.15 malam, aku pun masuk ke pintu penerbangan antarabangsa. Seperti tahun sudah, orang sentiasa ramai dalam aerotrain ke terminal penerbangan antarabangsa ini. Rata-ratanya adalah warga Malaysia sendiri. Penerbangan antarabangsa macam penerbangan domestik aje dah. Sentiasa sibuk.
Rupanya, terminal untuk penerbangan KLM ini tak jauh. Berjalan sikit aje dari tempat turun aerotrain tadi. Jam sudah hampir ke pukul 11 malam. Kalau flight ini tidak delay, ada lagi 15 minit sebelum bumi Malaysia aku tinggalkan. Ouch, macam nak pergi bertahun pulak aku.
Tak sampai 10 minit melabuhkan punggung di kerusi, Kak Yati lalu dihadapan aku. Ada la kawan untuk aku berborak sementara tunggu masa masuk dalam perut kapal terbang. Kak Yati ni cikgu aerobic aku. Kebetulan sangat kami menaiki flight yang sama. Cuma, dia & family hanya sampai di Amsterdam sahaja manakala aku akan meneruskan perjalanan ke Stockholm pula nanti. Since husband dia kerja dengan company KLM, mereka dapat harga lebih murah dari biasa.
Ini merupakan kali pertama aku menaiki penerbangan selain MAS dan juga kali pertama travel dengan penerbangan yang memerlukan transit. Oleh kerana MAS dah tak buat penerbangan direct ke Stockholm sejak Oktober tahun lepas, aku tak ada pilihan lain. KLM menawarkan harga yang lebih rendah dan waktu transit yang tidak terlalu lama. Kalau nak lebih jimat, boleh naik Qatar Airways, cuma yang tak tahannya, transit sampai 19 jam di Doha.
Kalau ikutkan, aku memang takut dan tak yakin nak travel seorang diri dengan penerbangan yang memerlukan transit ini. Qory la yang beria-ia meyakinkan aku. Kak Yati pun cakap kat aku "you ni sempoi je travel sorang-sorang ek?"..aku hanya senyum. Tak sangka pula, dalam takut dan tak yakin itu, beberapa minit sahaja lagi aku akan melalui pengalaman baru ini.
Flight ini terbang mengikut masa dijadualkan. Selamat tinggal Malaysia!
Aku duduk di window seat. Aisle dan middle seat pula diduduki oleh dua orang lelaki mat salleh. Mengikut pengalaman aku yang dah beberapa kali menaiki flight yang dikendalikan oleh company orang putih, pramugari dan pramugaranya agak kasar. Mungkin itu cara mereka. Memang berbeza sangat dengan pramugari dan pramugara MAS. Layanan mereka sesuai dengan slogan "Budi Bahasa Budaya Kita".
Masa ni, Qory dah bertolak balik dari Rome, Italy. Dia menaiki flight lebih kurang pada pukul 2 petang waktu Malaysia. SMS terakhir, dia memaklumkan dah sampai di Munich, Germany untuk transit ke Stockholm. Kawan aku ini dah berada di Rome selama seminggu untuk conference dan juga meeting research group dia. Dalam 40 orang ahli group, hanya dia seorang yang Muslim. Berdasarkan pengalaman dia, orang Rome suka makan daging dan sangat kurang makan salad atau sayur. Natijahnya, memang susah dia nak makan sepanjang di sana sebab hidangan daging itu sudah pastilah tidak halal. Pilihan yang ada, hanya pasta sampaikan dia cakap dah tak mahu makan pasta bila balik Stockholm. Bagusnya kawan aku ni, boleh survive sorang-sorang dalam group non-Muslim. Alhamdulillah, groupmates dia semua faham dan hormat pegangan dia.
(Actually, entry ini dia yang taip semasa dalam tren dari Madrid ke Cordoba. Aku pula, sedang menikmati pemandangan indah sepanjang jalan..hehe)
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak