Selepas bercuti panjang

Memulakan hari pertama berkerja selepas bercuti 3 minggu. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru aje aku sampai ke Sweden. Hari ni pulak, dah tercongok semula di opis ni...

Pagi ni dimulakan dengan pemandangan yang menyentuh hati aku. Sedang memanaskan enjin kereta, pandangan mata tertangkap kearah seorang lelaki muda dan perempuan tua. Lama aku amati sebab aku tengok perempuan tua itu buta. Aku kata buta sebab, lelaki muda itu memimpin tangannya ke arah motosikal. Mungkin itu ibunya.

Perempuan tua itu mungkin sudah biasa membonceng motosikal. Selepas lelaki muda itu mencapai beg dan satu benda yang aku nampak macam kerusi lipat dari tangannya, dia terus membonceng di belakang. Sayu hati aku sebab aku teringatkan arwah bondaku. Betapa aku tidak sempat berbakti lama kepada arwah bonda.

Jika benar itu ibunya, semoga beliau sentiasa menyayangi ibunya sehingga ke akhir hayat. Hanya mereka yang pernah kehilangan insan yg tiada penggantinya di dunia, akan faham apa aku rasa. Semua bakti yang pernah dilakukan, seakan terlalu sedikit bila kita kehilangan seseorang.

Aku amati mereka sehingga motosikal itu berlalu. Sampai bertembung di atas jalan, mata aku tak lepas memandang mereka. Ke mana arah mereka?


Comments

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"