24Jun2010...Aktiviti Bermula
Hari ini, ikutkan plan yang dibuat, kami sepatutnya keluar awal dari rumah Qory. Tapi oleh sebab kedua-duanya keletihan, maka kami take it easy.
Kami keluar rumah menuju ke Skärholmen untuk membeli-belah. Masuk dua tiga kedai baju tapi satu pun tak beli. Membeli belah dalam keadaan mengejar masa memang bukan satu pilihan bijak. Tumpuan tidak dapat diberikan untuk memilih dalam masa yang begitu terhad. Kami mengejar masa kerana Qory perlu segera ke sekolah untuk menghantar claim dia. Maklumlah, bila masuk musim panas, ramai yang mengambil cuti. Kalau hantar lewat, alamatnya lambatlah claim diproses.
Makan ais krim yogurt dulu sebelum shopping. Escalator untuk naik yang berwarna warni menarik perhatian aku. REA tu bermaksud SALE
Gambar diambil dari dalam kereta on the way ke U Qory. Kat sini tak ada pondok tol. Cuma kamera dipasang di tempat yang dikenakan tol. Tunggu ajelah bil sampai ke rumah.
Lepas balik dari sekolah dia, kami ke Haga Parken untuk berkelah. Menikmati makan tengahari yang lewat, dalam pukul 3.30 petang. Kami masuk melalui pintu ’utara’ park ini. Jalan sikit dah nampak padang yang luas. Kalau kat Malaysia, orang dok sibuk main bola la kalau nampak padang besar, tapi kat sini orang putih ni dok berjemur.
Ready untuk berkelah. Menu nasi + kari daging + timun. Bestnya makan sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Cili padi tak boleh miss
Kami lepak di sini sekejap aje sebab bayar parking hanya untuk sejam. Oleh kerana tak sempat nak round di sekitar tasik yang besar ini, kami rancang untuk datang lagi nanti.
On the way balik ke rumah, kami singgah ke Barkaby. Aku dah cerita dalam entry travel 2009 tentang Barkaby ini. Kami ada kurang 2 jam untuk membeli belah sebab tempat ini akan ditutup pukul 8 malam.
Sempat snap gambar tong sampah dalam tandas kat sini. Specialnya sebab tong ini pakai sensor. Letak tangan kat sudut kiri atas tu, penutup akan terangkat secara automatic. Convenient sangat
Masuk dalam kedai barangan Tefal, rambang mata dibuatnya. Tengok kitchen scale yang sangat comel, aku rembat gak walaupun dah ada digital scale. Ada beberapa barang lagi yang sempat aku rembat.
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak