"Urgent" or "Important"?
Dugaan datang lagi pagi ini... Tengah beratur kat traffic light, kereta buat hal. Gear jatuh dan jadi longgar. Cuba untuk tidak panik, aku berusaha masukkan gear sambil mulut tidak henti-henti berdoa. Aku tidak mahu menjadi punca kesesakan lalu lintas pagi ini Ya!Allah. Alhamdulillah, dua tiga kali cuba masuk gear, boleh akhirnya. Walaupun kadang-kadang tak pasti gear dah masuk atau belum dan 'pak abu' akan mengaum sekuat hatinya. Cuba juga bawa perlahan-lahan sampai office. Sebaik sampai, minta tolong kawan tengokkan. Alhamdulillah sekali lagi, Allah hadirkan seorang insan untuk menolong hambaNya yang dalam kesusahan ini. Apa yang beliau buat adalah mengikat gear yang jatuh tersebut untuk sementara. Dengan pertolongan beliau, 'pak abu' dapat bergerak hingga ke bengkel. Di bengkel, satu senario biasa, berlaku. Si pomen ini cakap macam-macam menda yang rosak. Pendek kata, nak suruh tukar macam-macam yang kononnya berkait dengan masalah utama tadi. Aku rasa, kalau dia jua...