1 Julai 2010_Adios Madrid
Nama kedai dobi ni Lavanderia Laundry yang terletak di Calle de Leon. Hmm, siap sedialah nak berkomunikasi macam ayam dan itik. Kat sini, basuh sendiri baju, dan pastu keringkan. Harganya tak mahal sangat. Kami guna dua mesin basuh serentak. Harga untuk basuh sahaja €4. Lepas masukkan baju dalam mesin, kami pergi cari farmasi.
Lepas beli ubat, cari kedai runcit. Nak beli air dan buah. Kat sini pekedainya memang straight. Kalau nak beli buah, tak boleh pegang dulu utk tengok buah tu elok ke tak. Siap sound kita lagi tu. Pakai tunjuk aje la kalau nak beli. Rasanya kat Malaysia tak macam tu kan. Kalau ada pun, mungkin kes terpencil.
Kejap aje 30 minit berlalu. Kami patah balik ke kedai dobi. Pakaian kami dah hampir siap basuh. Untuk keringkan pakaian, kena bayar lagi €1. Semua kena buat sendiri. Dalam 10 minit, siap la pakaian dikeringkan. Lipat siap2 kat situ, pastu balik semula ke hotel.
Lepas check-out, kami duduk lepak kat lobi hotel ni dulu. Nak guna kemudahan wi-fi kat sini untuk beli tiket Alhambra kat Granada nanti. Beli tiket awal lebih menjimatkan masa sebab pelancong memang sentiasa ramai kat Alhambra. Tambahan pula, sekarang musim summer ramai yang pergi melancong. Diaorang ni suka la datang tempat macam Spain ni sebab panas. Kemaruk benor mereka ni dengan cahaya matahari.
Dari Stesen Atocha ni cuma langkau satu stesen aje. Kami nak jimat masa sebab sekarang dah hampir pukul 4petang. Train ke Cordoba pukul 7.05 malam. Tinggal kurang 3 jam kami ada untuk sambung lawatan.
Casa de Correos (literally "Royal Mail House") terletak di Puerta del Sol. Bangunan yang dibuat dari bata merah ini dibina antara tahun 1760 hingga 1768 oleh Jaime Marquet, seorang arkitek Perancis. Sekarang bangunan ini digunakan sebagai Community of Madrid’s government headquarters.Menara jam diatasnya pula ditambah pada tahun 1866. Pada tahun 1997, patung King Carlos III sedang menunggang kuda turut didirikan menghadap bangunan ini.
Perjalanan diteruskan ke Plaza Mayor. Kami melalui bangunan-bangunan yang cantik rekabentuk dan warnanya. Di sini juga terdapat human statue macam di La Rambla, Barcelona.
Sampai juga ke Plaza Mayor. Semasa abad pertengahan, tapak ini hanyalah sebuah pasar besar yang didirikan oleh orang Moorish Arab dan terletak di luar tembok kota. Namun semasa zaman Reconquista (zaman rampasan Semenanjung Iberia oleh Kristian dari kerajaan Islam Andalusia) yang berlaku lebih kurang 800 tahun dahulu, King Philip II, pada tahun 1560an, telah memerintahkan Juan de Hererra, seorang arkitek Escorial untuk menukar pasar ini menjadi sebuah square. Ianya mengambil masa sehingga ke tahun 1617 semasa zaman pemerintahan King Philips III sebelum pembinaan Plaza Mayor menjadi kenyataan. Akhirnya, dalam tempoh 2 tahun, plaza ini telah berjaya dibina di bawah pengawasan Juan Gómez de la Mora, iaitu pengganti Juan de Herrera.
Sejak pembinaannya, plaza ini dijadikan pusat berlangsungnya pelbagai majlis keraian, bullfighting, istiadat pertabalan diraja dan tempat pelaksanaan hukuman mati dijalankan. Dikatakan kesan-kesan darah semasa bullfighting diadakan di sini dahulu kala, masih boleh dilihat di dinding bangunan di sini. Sehingga ke hari ini, Plaza Mayor masih digunakan sebagai tempat meraikan sesuatu perayaan.
Bangunan paling prominent di plaza ini adalah Casa de la Panaderia, atau dikenali sebagai Bakery House. Pembinaanya disiapkan pada tahun 1590, before the square was even laid out. Menara berbentuk simetri yang ada sekarang dibina selepas kebakaran terakhir yang berlaku pada tahun 1790. Lukisan allegoric murals yang berwarna-warni pula baru ditambah pada tahun 1992.
Kami berada di sini lebih kurang 30 minit sahaja. Lepas puas bergambar, kami cuba ikut jalan lain untuk kembali ke Puerta del Sol. Dalam perjalanan balik, singgah di salah satu kedai cenderahati. Souvenir kat sini tak semahal di Barcelona walaupun Madrid ibu negara Spain.

Alhamdulillah, kami selamat sampai di Stesen Atocha lebih awal. Malangnya, selepas menunggu lama, barulah no flatform menjelma di skrin. Waktu ni dah pukul 7.15pm. Patutnya train berlepas pukul 7.05pm. Orang yang beratur dah ramai giler.
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak