02 July 2010_Kota Córdoba.Andalusia.Part I


Andalusia
Artist: M Nasir


Cahayamu bagai sabitah
Doaku kau sejahtera
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini kubakar

Cahayamu sediakala

Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu

Cahayamu tiada tara

Pohon salamku pada fakir-fakirmu andalusia
Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
Pohon ku dipinjamkan gabus dan ghazalmu jadi azimat
Supaya dapat aku tari menongkah arus
Sahutlah andalusia

Apakah sudah kering lautan darah
Yang tertimbus di bumi alhambra
Ataupun masih bergelora menanti saat
Melimpah mengikut mata air

Antal hadi antal haqqu
Laisal hadi Ilaahu


Andalusia...pertama kali ku dengar apabila M. Nasir mencipta dan menyanyikan lagu ini. Kemudian, perkataan ini menjadi sindiran dan gurauan untuk “Anak dara lanjut usia”. Tidak pernah aku tahu asal usul perkataan ini. Sehinggalah, perancangan untuk melancong ke Sepanyol. Oh...Andalusia benar2 wujud. Nampak sangat, tak pernah ambil tahu sejarah dunia Islam kan.

Mari kita soroti sejarah kegemilangan dan kejatuhan kerajaan Islam tertua ini...

Al-Andalus adalah nama dari bahagian Semenanjung Iberia (Sepanyol dan Portugal) yang diperintah oleh orang Islam atau orang Moor antara tahun 711 dan 1492. Al-Andalus juga disebut Andalusia. Andalusia tidak merujuk kepada Iberia secara umum tetapi kepada daerah-daerah yang dikuasai para Muslim pada zaman dahulu. 8 daerah yang membentuk Andalusia adalah Huelva, Seville, Cádiz, Córdoba, Málaga, Jaén, Granada dan Almería. Kembara aku hanya meliputi dua daerah Andalusia iaitu Córdoba dan Granada.

Sebelum kedatangan Islam, daerah Iberia merupakan kerajaan Hispania (gelaran lama bagi Semenanjung Iberia) yang dikuasai oleh orang Kristian Visigoth.

Kemenangan tentera Islam dalam Perang Guadalete yang berlaku pada tahun 711 menjadi titik tolak penaklukan oleh tentera Islam ke seluruh Wilayah Andalusia lainnya.


Córdoba

Cordova atau Cordoba - dalam bahasa Arab disebut al-Qurtubah - sebelumnya adalah ibu kota Sepanyol. Negara ini dikuasai Kerajaan Gothia. Situasi ketika itu tidak stabil, termasuk pengusiran orang-orang Yahudi dan terjadinya pemaksaan agama.

Keadaan ini semakin parah apabila berlaku perebutan kuasa setelah Raja Witiza meninggal. Putra Witizia merasa berhak menggantikan ayahnya dan bukannya Roderick, panglima perang Gothia. Bagi menghadapi Roderick, Putra Witizia bersekutu dengan Graff Yulian, yang juga menjadi musuh Roderick.

Pada 705, Graff meminta bantuan Musa bin Nushair, Gabenor Afrika Utara, yang berada di bawah kekhalifahan Bani Umayyah yang berpusat di Damaskus (Damsyik), Suriah.

Atas persetujuan Khalifah Walid bin Abdul Malik, Musa mengirim 500 pasukan tentera yang dipimpin oleh Tharif bin Malik. Pasukan ini berjaya dan kembali ke Marocco, Afrika Utara.

Pada tahun 711, Musa kembali mengirim 7.000 tentera, yang kali ini dipimpin Thariq bin Ziyad. Thariq bin Ziyad atau nama penuhnya Thariq bin Ziyad bin Abdullah bin Walgho bin Walfajun bin Niber Ghasin bin Walhas bin Yathufat bin Nafzau, lahir sekitar tahun 50 Hijriah. Beliau merupakan putera suku Ash-Shadaf, suku Barbar, penduduk asli daerah Al-Atlas, Afrika Utara. Beliau merupakan seorang Panglima Perang Islam pada zaman pemerintahan Khalifah Walid bin Abdul Malik atau Al-Walid I (705-715M) dari Bani Umayyah.

Para sejarawan Islam abad ke-17, Al-Maqqari menulis bahawa, sebaik sahaja mendarat di Sepanyol,, Thariq bin Ziyad telah membakar semua kapal yang membawa mereka menyemberang. Dalam pidatonya, Thariq menyatakan kepada pasukannya,”Musuh di depanmu, lautan di belakangmu. Silakan pilih mana yang kau kehendaki..”

Pertempuran pun terjadi. Thariq yang memimpin sekitar 12 ribu orang, gabungan tentera suku Barbar dan tentera kiriman Khalifah Walid, menghadapi sekitar 100 ribu orang pasukan Raja Roderick. Dalam pertempuran di pinggir sungai Guadalquivir, Guadalete, Raja Roderick tewas.

Sepanyol, yang kemudian dikenali dengan nama Andalusia, jatuh dalam kekuasaan Islam. Kejayaan Thariq itu hingga kini diabadikan sebagai nama selat Gibraltar, yang dalam bahasa Arab disebut Jabal Tariq, gunung Thariq, mengambil nama Thariq bin Ziyad.

Dari sini, Thariq terus melebarkan kekuasaan dengan menakluki kota-kota penting, di antaranya Cordova, Granada, Sevilla, dan Toledo yang pada ketika itu ibu kota kerajaan Gothik. Tidak hanya di situ, pasukan Thariq juga menguasai Narbonne, Perancis selatan.

Ini mendorong tentera Islam lainnya masuk menguasai Perancis tengah, di antaranya Avirignon, Lyon, bahkan sampai ke Rhoders, Cyprus, dan sebahagian Sicilia, Italia, termasuk Sardinia.

Cordova mula dibangunkan semasa era pemerintahan Abdurahman I (755 M). Keturunan Bani Umayyah ini membangunkan Masjid Agung Cordova yang indah dan megah, pengairan, architecture bermutu tinggi, dan sekolah-sekolah. Inilah permulaan awal di mana munculnya peradaban baru, pusat ilmu pengetahuan yang sangat gemilang.

Cordova menjadi kota utama di Eropah, di saat Paris dan kota-kota di Eropah lainnya masih belum diterangi lampu, penduduk tinggal berpindah randah, dan jalan-jalan dari tanah dan batu.

Pembangunan dilanjutkan oleh Abdurahman II, Abdurahman III, Al-Hakam II, dan Al-Mansur hingga zaman keruntuhan yang berlaku pada tahun 1492. Inilah masa keemasan Islam, yang menyumbangkan peradaban yang tidak terhingga bagi dunia moden, hingga hari ini. Pada masa ini, ketika negara-negara Eropah masih sangat redup, perpustakaan Cordova telah dikunjungi ratusan ribu orang.

Pada masa yang sama, perpustakaan Eropah hanya dikunjungi tak lebih seribu orang. Manuskrip-manuskrip Yunani kuno, karya-karya Aristoteles, diterjemahkan peneliti-peneliti Arab dan diterjemahkan dalam bahasa Arab.

Dalam bidang filsafat, peneliti utama ketika itu, antara lain Ibnu Bajjah, yang dikenali dengan opusnya Tadbir Al-Mutawahhid. Tokoh yang hingga kini dikenal adalah Ibnu Rusyd, yang di dunia internasional dikenali dengan nama Averros (1126-1198 M).

Ibnu Rusyd melahirkan buku-buku kedoktoran, di antaranya Al-Kulliyah fi Ath-Thaib. Dunia kedoktoran sangat terhutang kepadanya.

Sains, fizik, matematik, astronomi, kimia, zoologi, geologi, botani, dan ilmu-ilmu perubatan bermula dari sini. Beberapa nama besar muncul di pelbagai bidang, di antaranya Abbas bin Farnas (astronomi), Ibnu Batutah (pengeliling dunia), Ibnu Khaldun (perumus filsafat sejarah).

Kemajuan ilmu pengetahuan ini mendorong mahasiswa-mahasiswa Eropah, termasuk dari kaum Yahudi dan Kristian, belajar ke Cordova.

Selain Andalusia yang dikuasai Bani Umayyah, di Baghdad yang dipimpin Bani Abbasiyah perkembangan ilmu pengetahuan berjalan pesat. Dari sini lahir Al-Khwarizmi, yang terkenal dengan karyanya Al-Jabr wa al-Muqabala.

Dari sinilah kata Aljabar atau Algebra berasal. Ia mengembangkan sistem bilangan seperti yang kita ketahui ketika ini. Buku-bukunya diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. Dan, beberapa abad kemudian, kita mengenal chip-chip komputer, yang semua bermula dari sini. Nama yang tidak asing lainnya adalah Ibnu Sina, yang di Barat disebut Avicenna.

Ia menulis lebih 200 karya tentang kedoktoran dan filsafat. Bukunya Al-Qanun fi’l At-Tibh (Kanun Kedoktoran), menurut Ensiklopedia Britannica, merupakan buku yang paling terkenal dalam sejarah ubat-ubatan. Buku-bukunya digunakan secara meluas di universiti-universiti terkemuka dunia, jauh sebelum munculnya Leonardo da Vinci.

Perkembangan menakjubkan para intelektual Islam itu dan ditransfer mahasiswa-mahasiswa Eropah yang belajar di Andalusia, Baghdad, dan Istanbul, itu kemudian menerangi Eropah. Apinya menjalar luar biasa, mendorong Eropah bangkit dan lahirlah Renaisans. Hutang dunia pada Islam yang tidak terbayar hingga kini.

Memasuki periode 1086-1248 M, penguasa-penguasa Islam mulai lemah di Andalusia. Negara ini pecah menjadi 30 negara kecil di bawah pemerintahan raja-raja golongan atau Al-Mulukuth Thawaif, yang berpusat di suatu kota seperti Kerajaan Malaga, Zaragoza, Valencia, Badajoz, Sevilla, dan Toledo.

Para raja-raja kecil itu digelar Mulukuth Thawaif (Raja Lokal) kemudian berseteru dan berperang satu sama lain tanpa sebab yang jelas. Hanyalah kerana ingin saling menguasai. Kisah-kisah pengkhianatan, kisah-kisah perebutan puteri cantik dan perebutan harta mewarnai semua perseteruan itu. Mereka tak sadar umat Kristian telah mempersiapkan kekuatan untuk merebut kembali Sepanyol. Ironisnya, kalau terjadi perang saudara, ada diantara pihak-pihak yang bertikai itu yang meminta bantuan daripada raja-raja Kristian. Melihat kelemahan dan kekacauan yang menimpa keadaan politik Islam itu, untuk pertama kalinya orang-orang Kristian pada periode ini mulai mengambil inisiatif penyerangan. Meskipun kehidupan politik tidak stabil, namun kehidupan intelektual terus berkembang pada periode ini. Istana-istana mendorong para sarjana dan sastrawan untuk mendapatkan perlindungan dari satu istana ke istana lain.

Konflik internal telah menjatuhkan mereka. Satu-satu kekuasaan Islam di Sevilla, Toledo, dan Cordova jatuh. Yang pertama hancur adalah Toledo yang jatuh pada tahun 1085 di mana Raja Al Qadir Adzdzunnuniyah menyerah kepada Raja Leon Alfonso VII. Kemudian Mustansir al-Mudiayah menyerah kepada Ramire II dari Aragon. Kerajaan Cordova yang terbesar di Andalusia jatuh pada tahun 1236 dan Kerajaan kedua terbesar Sevilla ditakluk pada tahun 1248.

Keruntuhan Cordova tidak saja diratapi oleh Umat Islam, tetapi juga seorang penulis Kriten Stanley Lane Poole dalam bukunya “The Mohammadan Dynasties” mengakui betapa mundurnya peradaban Andalusia setelah runtuhnya kerajaan Islam Cordova. Pengakuan dunia Kristen terhadap peradaban Islam Cordova dapat dibuktikan dengan permintaan Inggeris agar pemuda pemuda Inggeris dapat menuntut ilmu di Universiti Cordova. Surat Raja Inggeris itu diterima oleh Sultan Hisyam III yang berbunyi antara lain :


"Kami telah mendengar kemajuan Ilmu dan industri di Negara Paduka Yang Mulia. Oleh itu kami bermaksud mengirim putera-puteri terbaik kami untuk menimba ilmu di Negara Paduka Yang Mulia agar ilmu pengetahuan tersebar ke negeri kami yang dikelilingi kebodohan dari empat penjuru." (Wajah Dunia Islam oleh Dr Muhammad Sayid al-Wakil).


Granada, di mana terletaknya Istana Alhambra, menjadi satu-satunya wilayah yang bertahan.

Namun, kembali konflik internal muncul. Ini bermula ketika Abu Abdullah, yang kecewa atas penunjukan saudaranya sebagai raja, mengundang Ferdinand dan Isabella membantunya menyingkirkan saudaranya.

Setelah saudaranya tersingkir, Abu Abdullah naik takhta. Namun, Abdulllah kemudian disingkirkan pasukan Ferdinand dan Isabella. Dengan jatuhnya Abu Abdullah, berakhirlah Granada sebagai benteng terakhir Islam di Spanyol. Berakhirlah kekuasaan Islam selama 781 tahun. Hingga kini.

(petikan dari http://www.antaranews.com dan http://faisalman.wordpress.com yang telah diubahsuai)

Apa yang boleh dilihat hari ini, hanya kesan peninggalan sejarah Islam yang begitu hebat satu masa dahulu. Walaubagaimanapun, apa yang ada hari ini sebenarnya telah banyak diubahsuai oleh Kristian.

Antara mercu tanda paling dikenali di dunia satu ketika dahulu ialah Great Mosque of Córdoba. Ikuti catatan perjalanan seterusnya dalam Kota Córdoba Part II .














Comments

  1. Thank you so much for the info. Skrg baru dapat gambaran makin jelas tentang sejarah Andalusia...sedeh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"