02 July 2010_Kota Córdoba.Andalusia.Part II

Pagi ini kami putuskan untuk melawat tempat yang agak jauh dari hotel tapi masih dalam walking distance. Bandar ni tak besar mana, memang boleh jalan kaki. Rancangan untuk melawat La Mezquita de Cordoba kami tangguhkan dahulu kerana jarak tempat bersejarah ini dengan hotel tak sampai 10 minit berjalan kaki.


Taman mini di lobi hotel

Bangunan lama macam kubu ini terletak berdekatan dengan hotel. Cuma kami tak pasti apakah nama bangunan ini


Kami melalui pintu gerbang bangunan macam kubu tadi. Masuk sahaja ke sini, seolah masuk kawasan lain pula


Ooo, kawasan ni namanya Jvlio Romero de Torres atau Julio Romero de Torres. Beliau merupakan pelukis Sepanyol yang lahir dan meninggal di Córdoba

Kami menyusur ditepi2 bangunan rumah dan kedai. Jalan memang sempit, tapi turut menjadi laluan kenderaan bermotor dan kereta kuda. Ada sesetengah lorong tu memang pekat dengan bau tahi kuda. Sepanjang perjalanan kami juga, hidung pasti akan terbau klorin yang amat likat hampir di setiap rumah yang dilalui. Mereka basuh lantai menggunakan klorin. Sehingga kini kami tidak tahu kenapa mereka berbuat demikian.


Menyusur lagi dicelah2 bangunan yang lorongnya sangat sempit tapi lori kecil masih boleh lalu?



Perjalanan kami melalui bangunan yang sangat unik. Tak sampai 10 langkah, pasti kami akan berhenti untuk mengambil gambar kerana keunikan rekabentuk bangunan yang dilalui.

Keunikan dan warna bangunan yang sungguh cantik ini membuatkan kami tidak mampu menahan perasaan untuk mengabadikannya dalam gambar





Plaza Jerónimo Páez

Plaza Jerónimo Páez

Plaza Jerónimo Páez


El Museo Arqueológico y Etnológico de Córdoba

Tiang-tiang Roman yang kelihatan ini adalah bekas Roman Temple yang mungkin didedikasikan kepada Augustus Cesar

Plaza de Las Tendillas











Ukiran di setiap bingkai tingkap ini berbeza


Hadapan Plaza de Las Tendillas



Plaza del Doctor Emilio Luque

Plaza Ramon y Cajal

Plaza Profesor Lopez Neyra

Plaza San Juan

Plaza de La Trinidad






Di Utara Sinagoga (Synagogue) Córdoba terletaknya Puerta de Almodóvar iaitu pintu gerbang Moor yang masih terpelihara dengan baik

Puerta de Almodóvar
adalah gerbang abad pertengahan yang menghubungkan terus ke Jewish Quarter


Masa bergambar di sini
, kami disapa oleh sekumpulan pelajar dari Malaysia yang menuntut di Jordan. Sempat berbual dan bergambar bersama.

Selepas menikmati bekalan tengah hari di taman ini, kami menaiki bas untuk pusing2 bandar. Sudah tak mampu rasanya nak berjalan kaki dalam panas terik begini.


Malangnya, bas yang kami naiki ini destinasinya adalah ke Cordoba Central. Nampak gaya, kena naik bas no.3 untuk pulang sahaja ke hotel. Cuaca terlalu panas. Dapat berehat dalam bilik berhawa dingin alangkah nikmatnya


Kami tidur sampai pukul 7.30 malam. Lepas mandi dan makan maggi, rancangan lawatan diteruskan ke Plaza Del Potro. Plaza ini terletak di belakang hotel aje. Di kawasan ini juga ada Museos De Julio Romero De Torres dan Bellas Artes.

This square got its name from a font which was built in 1577. This fountain is topped by a filly, so the folks henceforth named the square as “square of the filly”.



Dari sini kami berjalan menyusuri bangunan kediaman jenis lama dan unik. Destinasi yang kami tuju adalah Plaza de La Corredera.



Macam-macam jenis patung diletakkan di atas bumbung bangunan ini.

Dah sampai di Plaza de La Corredera


Plaza segi empat panjang ini salah satu kawasan yang mempunyai bangunan bercirikan Castilia seperti yang terdapat di Madrid atau Salamanca iaitu tidak mempunyai ciri-ciri seni bina Andalusia. Semasa bergambar di sini, seorang wanita Spain melalui kami dan memberi salam. Waalaikummussalam...

Plaza ini dulunya menjadi tempat bullfighting dan lumba kuda pertama kali diadakan


Tempat ini memang happening dengan orang ramai menikmati hidangan makan malam di restaurant2 yang ada disini. Memang riuh rendah bila hari semakin gelap. Malam yang semakin hangat di plaza ini kami tinggalkan untuk ke destinasi seterusnya...

Plaza de Orive


Plaza de San Andrea

Plaza Santa Maria




Plaza de Los Capuchinos




Selepas melawat Plaza de Los Capuchinos, kami pulang ke hotel. Jauhnya kami berjalan malam ni...

Get Out Line??


Comments

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"