"Urgent" or "Important"?
Dugaan datang lagi pagi ini...
Tengah beratur kat traffic light, kereta buat hal. Gear jatuh dan jadi longgar. Cuba untuk tidak panik, aku berusaha masukkan gear sambil mulut tidak henti-henti berdoa. Aku tidak mahu menjadi punca kesesakan lalu lintas pagi ini Ya!Allah.
Alhamdulillah, dua tiga kali cuba masuk gear, boleh akhirnya. Walaupun kadang-kadang tak pasti gear dah masuk atau belum dan 'pak abu' akan mengaum sekuat hatinya. Cuba juga bawa perlahan-lahan sampai office. Sebaik sampai, minta tolong kawan tengokkan. Alhamdulillah sekali lagi, Allah hadirkan seorang insan untuk menolong hambaNya yang dalam kesusahan ini.
Apa yang beliau buat adalah mengikat gear yang jatuh tersebut untuk sementara. Dengan pertolongan beliau, 'pak abu' dapat bergerak hingga ke bengkel.
Di bengkel, satu senario biasa, berlaku. Si pomen ini cakap macam-macam menda yang rosak. Pendek kata, nak suruh tukar macam-macam yang kononnya berkait dengan masalah utama tadi. Aku rasa, kalau dia jual kereta, mungkin dia akan suruh aku tukar kereta terus!
Estimated cost=RM700 belum campur kerosakan utama tadi! mak oiii, dah nak raya ni.
Atas saranan beberapa orang yang rapat, aku minta si pomen ini betulkan tempat yang rosak sahaja. Memang la dia tak puas hati selagi tak dapat pau duit aku kan. Aku berkeras juga tak nak buat yang lain-lain.
Ni yang aku boring bila pergi bengkel. Kenapa la kebanyakan bengkel/pomen ni suka ambil kesempatan atas perempuan?
Mungkin benar katanya, yang lain-lain itu perlu ditukar. Tetapi dalam keadaan terdesak, perlu ada klasifikasi "urgent" atau "important" (memetik kata-kata seorang kawan).
Sabar...sabar...dugaan..walaupun ada ketikanya air mata nak menitis. Duit gaji belum pun withdraw lagi, dah pun susut dalam akaun. Sabarlah hati...duit ini bukan rezeki aku. Mungkin jua kafarah atas dosa-dosa aku. Terima kasih Ya!Allah. Engkau ringankan beban dosaku atas dunia.
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak