1 Julai 2010_ANDALUSIA...Indahnya Kotamu!

Train tiba di Cordoba Central jam 9.15 malam. Walaupun dah malam, tapi cuaca masih cerah. Cuma kebanyakan kedai dan kiosk kat stesen ni dah tutup.

Ingatkan kat stesen ni ada Information Counter, tapi rupanya tak ada pulak.
Dah tak tahu nak tuju kat mana, kami pun ke kaunter informasi tren dan tanya kat situ. Seperti biasa, masalah bahasa menjadi perkara utama. Tapi oleh sebab dah melalui 2 tempat sebelum ini, jadi kami dah boleh agak dah ape yg mungkin terjadi. Lebih baik cakap bahase melayu dgn dorg ..hehe...tapi dorg sedaya upaya cuba terangkan pada kami sebab tahu kami orang luar yg sememangnya tak tahu langsung bahase Spanish.

Untuk menyenangkan lagi, kami tunjuk aje alamat hotel dan tanya, ’bus’.Alhamdulillah kerani kat kaunter tu faham dan suruh kami naik bus no 3 yg lalu kat jalan hotel yg kami bakal menginap 2 malam di Cordoba ni.

Pakcik bus driver pun boleh tahan dalam pada tak tahu berbahase Omputih, tapi masih boleh berkomunukasi..bak ayam dgn itik. Puas kami tgk kiri dan kanan sepanjang perjalanan dalam bus ke hotel sebab tak pasti nak turun kat mana.

Bas tu melalui bandar pada mulanya dan kemudian melalui lorong2 kecil peninggalan zaman dulu. Cara pemanduan orang Eropah ni kasar. Seram rasa bila bas yang besar ini melalui lorong antara bangunan yang sangat sempit. Walaupun begitu, mata tak lepas melihat keindahan dan keunikan bangunan2 lama yang dilalui sepanjang perjalanan.....

Nasib baik nampak papan tanda hotel ni. Cepat2 kami tekan loceng. Itupun dah terlajak dalam 200m ke depan. Kami turun ditepi sungai..cantik juge....tergedik2 la kami ni ambik gambar juge walaupun badan letih dan kaki pun sakit.


Berdebar2 juga bile fikirkan macam mana la rupanya hotel kali ni....bile berdiri kat pintu masuk hotel, fuh cantiknya dari luar. Takut lak menilai isi dari kulitnya sebab berdasarkan pengalaman kami kat Barcelona dan Madrid, hotel tu baik sikit dari hostel aje.

Tapi bile dah dapat kunci dan masuk bilik, bukan main seronok tgk kedaan bilik yg betul2 macam hotel. Semua nampak serba baru. Aircond pun ada. Hotel ni kami booked sebab tengok review dalam internet memang direkomen oleh pelancong yang pernah menginap di sini. Bila dah datang sendiri, hm, memang patut dapat pujian. Nanti aku tambah dalam review tu pulak. Harganya pula, memang padan dengan kemudahan yg disediakan.



Kami berkemas dulu sebab letih sgt dan lapar. Nasib baik la dah siap bekal nasik dan lauk dari Madrid tadi. So, aku masak air dan kami dinner kol 10+pm tadi...

Sekarang aku nak kuar merayap2 kat kawasan2 dekat ni walaupun jam dah menunjukkan kol 12.04 tengah malam...



Masih ada kedai makan beroperasi waktu ni. Orang pun ramai lagi. Cuma masa ni, kami lalu jalan yang sunyi.

Malam ni kami berjalan sampai ke kawasan Mezquita-cathederal. Aku akan cerita detail dalam entry seterusnya mengenai Mezquita yang pernah menjadi pusat kegiatan Islam ini satu masa dahulu. Sekarang ni, jom layan dulu gambar2 Mezquita di waktu malam. Memang cantik sesangat!





Dari situ, kami naik roman bridge menyemberang Guadalquivir River. Roman Bridge ini dibina pada zaman kuno Rom dan merupakan yang terbesar pertama kali dibina. Dibina dengan batu dan lengkungan sebagai struktur asas. Ketika ini, jambatan sedang dibaiki.


Dari atas jambatan ni leh nampak mezquita-cathederal yang disimbahi cahaya lampu keemasan. Cantik sungguh, terpegun kami. Alangkah baiknya kalau yang tersergam dihadapan kami itu adalah masjid asalnya.

Mezquita-cathederal di waktu malam


Gambar Kiri : Farolillo en el Puente Romano
Gambar Kanan : Statue de Saint Raphaël


Menara Torre de la Calahorra

Sampai di kawasan seberang sungai. Suasana di sini sunyi.

Mula2 keluar, agak ragu juga kami sebab dah tengah malam sgt. Tapi rupanya, ramai lagi yg keluar waktu ni. Termasuk yang sorong stroller baby. Mungkin sebab siang terlalu panas, tak sesuai untuk bawa baby keluar. Suhu kat sini waktu siang mencapai 40-42 darjah celcius. Malam pulak, dalam 37 darjah. Perghhh, kalah Malaysia nih.

Kami balik ke bilik pukul 2am lebih. Sakit tapak kaki aku datang balik. Lepas mandi, tido!

Comments

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"