Hari Tanpa Beg Plastik

Dah lama tak shopping di Carrefour. Barang dapur dah habis, kena la jugak keluar hari ni. Kali terakhir pergi ke Carrefour, kempen Hari Tanpa Beg Plastik ni belum dimulakan oleh pasaraya ni. Hari ni, kalau nak beg plastik kena bayar 20 sen sehelai.

Jimat punya pasal, sanggup lagi aku susun molek-molek barang dibeli dalam troli. Yang besar dan berat duduk paling bawah.

Dalam kereta, sekali lagi kena uji kekreatifan menyusun barang. Maklum, kereta kecik aje. Barang pulak banyak. Perggh, muat-muat aje boot tu. Ok. Setel....

Dalam perjalanan balik, dah rancang cara effisien untuk punggah barang. Duduk di awan biru, memang parah nak punggah barang yang banyak tanpa beg plastik. Sesi pertama, dukung beras naik dulu. Sampai rumah, ambik beg IKEA dan turun untuk pemunggahan sesi ke-2. Wah, nampak gaya, macam kena tambah satu sesi aje lagi ni.

Akhirnya, tiga sesi pemunggahan. Rasa macam dah panjang sebelah je tangan ni.

Moralnya aku nak sampaikan di sini, kempen ini memang sangat bagus. Pihak kerajaan makin sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar demi untuk generasi kini dan akan datang. Walaupun pengeluar-pengeluar plastik sudah "berbunyi" akan kerugian mereka sejak kempen ini dilancarkan.

Kenapa dibuat setiap Sabtu sahaja? Mungkin, kajian dan statistik menunjukkan hari Sabtu lah transaksi jual beli paling banyak berlaku. Buat masa sekarang, hanya pasaraya besar seperti Tesco, Cold Storage, Carrefour dan lain-lain sahaja yang menjayakan kempen ini. Mungkin, tak lama lagi, kita pergi kedai runcit kat depan rumah pun kena bawa beg sendiri!

Nasib baik 20 sen. Kalau kat Sweden, beg plastik cikai tu pun berharga SEK1.50. Lebih kurang RM1.00 la. Selalunya, pasaraya di sana menawarkan beg plastik atau beg kertas. Cuma, beg kertas mahal lagi la. Tahap kesedaran negara Sweden terhadap kepentingan menjaga alam sekitar wajar dicontohi. Di sana, kalau beli minuman dalam botol atau tin, kumpul dan hantar di mesin kitar semula yang disediakan oleh hampir kesemua pasaraya. Mesin akan keluarkan resit yang nilainya mengikut jumlah botol atau tin yang dikitar semula. Contoh, botol kecil akan dibayar bersamaan SEK1. Kalau 10 botol kecil, dapat SEK10. Bila kita beli barang di situ yang berjumlah SEK50, sebanyak SEK10 akan ditolak bila kita tunjukkan resit botol yang telah dikitar semula tadi tu. Maksudnya, kita hanya perlu bayar SEK40 aje la. Semua ini dibuat untuk menggalakkan rakyatnya menjayakan kempen kitar semula. Cara yang convenient seperti menyediakan mesin kitar semula ditempat yang selalu orang pergi, sebenarnya lebih memberi peluang untuk kempen yang disasarkan itu berjaya.


"Sediakan beg sebelum shopping"

Comments

  1. I'm not an environmentalist. I'm an Earth warrior. ~Darryl Cherney, quoted in Smithsonian, April 1990

    Go green!

    ReplyDelete
  2. Kesedaran sesuatu badan mahupun individu sangat membantu keberkesanan kempen ini

    ReplyDelete

Post a Comment

Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"