DeNdAm TerBALAS!
Scary je tajuk tu kan? Aku cemburu...ya! Sangat cemburu pada sahabatku yang makan kek chiffon ni depan aku tapi hanya di alam maya. Gara-gara cemburu itulah, akhirnya hari ini, tercapai hajat nak makan kek chiffon keladi...buatan sendiri okeh!
Balik kerja petang tadi, terus pergi kedai menjual barangan kek. Cari cream of tartar. Tersangkut pulak dengan loyang kek yang berlubang di tengahnya. Jangan fikir panjang, rembat je. Kang sampai rumah, nyesal tak beli kan...
Ingatkan susah nak buat kek chiffon ni. Rupanya senang ya amat. Sambil-sambil makan petang yang merangkap dinner, sediakan peralatan dan bahan kek. Lepas makan, terus bancuh adunan. Tak sampai setengah jam, dah duduk dalam oven adunan tuh. Tak ke senang tu?
Hasilnya? Memang marvelous. Sampaikan menderhaka pada diri sendiri. Penat-penat pergi beraerobic, balik hentam sampai tiga ketul kek!
Eh, ada seekor makhluk kat belakang laptop tu?
Bila dah bahagikan kek untuk jamu kawan-kawan pejabat, inilah lebihan untuk diri sendiri. Rasa macam habis esok juga tuh...hehehe
Bahagian yang lompang tu dah selamat masuk dalam perutku ini...adeehh..penat wooo dok poco-poco dalam kelas tadi...hilang kawalan diri dek kerana KEK CHIFFON KELADI resepi abang Mat Gebu ni. Walaupun empunya resepi mungkin tak baca blog ini, tapi aku tetap nak ucap terima kasih kat beliau atas resepi yang best ini.
There you go! Congratulation!
ReplyDeleteLepas ni nak balas dendam ape lak? ;-)
Keep up the good works!
hmmm...apa saje yg membangkitkan keinginan pasti ku followwww
ReplyDeleteNnt tlg belikan cream of tartar ye. pos sekali dgn brg2 lain tu :)
ReplyDeleteNi kes nk chelen nih :P