Cappadocia_Momen@Konak Cave Hotel
Di Konak Cave Hotel ini, kami berkenalan dengan seorang abang yang encem , baik dan peramah. Sebenarnya dia ni bekerja di hotel ini. Hahaha...banyak momen kami dengan dia ni yang kadang-kadang buat kami gelak, sesekali buat kami touching dan kadang-kadang rasa macam "ooo soo sweettt"...hahaha Nama dia Yessir. Maaf, mungkin ejaan tu tak betul. Di antara tiga orang muslim yang kami temui di hotel ini, nampak dia seorang muslim yang lebih taat kepada agamanya. Bagaimana kami tau? Baca sampai habis iya. Seperti seorang lagi pekerja di sini yang menyambut kedatangan kami malam sesampainya kami di hotel ini, Yessir juga kurang fasih berbahasa inggeris. Jadi setiap pagi, semasa kami nak bersarapan, dia akan datang kepada kami sambil membawa handphone nya. Ayat dia "Breakfast. Photo. Facebook" sambil menghalakan kamera handphone ke arah kami. hahaha...faham la kan. Nak ambil gambar kami dan upload dalam facebook dia. Selama 3 pagi berturut-tu...