29 Jun 2010_Barcelona
Hari terakhir di Barcelona. Lepas bersarapan di bilik, kami terus check-out. Tren untuk ke Madrid pukul 10.00 malam. So, banyak masa lagi untuk kami habiskan agenda lawatan kami.
Gambar atas dan gambar kiri (bawah) tu adalah lift kat hotel ni. Antik tak? Gambar bawah (kanan) tu pula, interkom (yer ke panggil interkom ek?) kat luar bangunan ni. Setiap kali nak masuk ke pintu utama bangunan, kena tekan kat sini dulu dan bagi no bilik. Baru le grill utama dibuka...
Dari Estació de França, kami naik tren ke Estacio Barcelona Sants. Kat sini, memang susah nak jumpa orang Spanish yang reti bercakap bahasa inggeris. Cuma yang bagusnya mereka ni, walaupun tak reti bercakap bahasa omputih, mereka cuba juga membantu dengan bercakap bahasa mereka. Contohnya, masa dalam tren, kami tak tau dah nak sampai ke Barcelona Sants. Seorang nenek ni tegur kami dalam bahasa ibundanya. Masa tu memang tak paham apa dia cakap ni? Bila dah berulang kali dia cakap, baru kami dapat tangkap, dia tanya nak pergi stesen mana. Bila kami cakap Barcelona Sants, dia cakap lagi yang entah apa. Oh, rupanya dia bagitau, next station adalah Barcelona Sants sebab dia pun nak turun situ gak. Sementara tunggu train tu berhenti, dia tanya lagi yang aku dengar ada iras-iras perkataan ”airport”. So, aku agak dia tanya nak pergi airport ke? Terus aku jawab ”Madrid”. Jawapan dia mengikut fahaman aku, ”kalau nak beli tiket, naik escalator ke tingkat atas”. Macam tu la kot lebih kurang. Sampaikan dah turun dari tren, dia cakap lagi sekali siap dengan isyarat tangan tunjuk ke atas. Aku nak jawab tiket kami dah beli tapi tak reti nak cakap camne supaya dia paham. Kami ke situ sebab nak simpan beg dulu pastu sambung jalan-jalan. Apa-apa pun, gracias abuela!
Nenek ni le yang dok tolong kami dengan berbahasa Spanish..dari awal dah aimed kami rupanya.hehehe
Ambil keputusan untuk beli buku English - Spanish dek kerana sukarnya nak berkomunikasi di sini. Nak tanya "how much" pun kena refer kamus..huhu...
Bayaran untuk simpan beg mengikut saiz luggage. Kami ambil yang besar sebab beg besar dan ada 2 biji. 24jam bayaran sebanyak €4.50. Tapi kami dah habiskan €9 untuk simpan beg sahaja sebab kebodohan diri sendiri!
Puncanya, dah simpan beg tu, pastu baru teringat, kipas tangan ada dalam beg besar. Kat sini memang panas, so, kipas tangan tu sangat la pentingnya. Dengan tak terfikir langsung once dah buka tak boleh nak simpan balik kecuali buat bayaran baru, kami pun buka la. Kan dah rugi. Geramnya dengan diri sendiri.
Di sini kami beli tiket untuk Barcelona Tour Hop-in Hop-off. Dengan bas ni, kami boleh turun mana-mana tempat menarik yang nak pergi. Bila dah puas kat sesuatu tempat tu, boleh tunggu kat bus stop yang disediakan dan naik untuk ke destinasi yang seterusnya. Setiap bas ada route tertentu yang boleh dikenalpasti mengikut warna. Bayaran untuk seorang €22.
Kami hanya pergi tempat yang tidak sempat cover semalam. Antaranya, Montjuic, Stadium Olimpik 1992, Museu Nacional d’Art de Catalunya.
Snap gambar ni dari dalam bas aje. Malas nak turun kat sini sebab nak jimat masa.
Gambar atas tu, abang dan kakak seksi yang duduk dengan macho dan ayu nya dihadapan muzium ini sambil tengok pemandangan sebahagian bandar Barcelona....
Kenapa agaknya orang kat sini suka pakai skuter? Menjaga alam sekitar mungkin?
Jom tengok Stadium Olimpik Barcelona pulak...
Wauu, besarnya stadium...
The Olympic Stadium of Barcelona
Puas menyejukkan badan, kami keluar menuju ke Barri Gothic. Tempat ni berdekatan dengan La Rambla. Di sini boleh dilihat reka bentuk bangunan-bangunan lama. Memang cantik dan happening.
Sebelum balik, isi perut dulu sebab bekalan makanan dah habis. Kami masuk restaurant pizzaria. Bila tanya kat waiter tu, pizza tu besar tak, dia jawab sepinggan untuk makan seorang. Kami pun order la sepinggan pizza dan pasta vegetable. Ingatkan betul la cakap dia, pizza tu kecil dan boleh makan seorang. Bila pizza sampai, pinggan besar gila. Saiz pizza large kat Malaysia. Pengajaran kedua, jangan percaya bila mereka kata saiz pinggan untuk makan seorang. Sebab omputih ni memang makan banyak. Sepinggan besar tu memang diaorang makan seorang. Kami aje yang kongsi sebab memang tak abih kalau makan seorang.
Sementara tunggu makanan dipesan sampai, isi masa dengan merakam gelagat orang kat depan restoran ni
Tuuuu diaa saiz pizza. Ada brani makan sorang?
Habis makan dah hampir pukul 8.30pm. Terkejar-kejar lagi kami sebab takut tertinggal tren pukul 10pm. Nasib baik perkhidmatan metro kat sini efficient. Tren datang dalam selang masa tak sampai 5 minit. Kami sampai kat stesen Barcelona Sants pukul 9. Sempat la basuh muka dulu. Lepas ambil beg terus tuju ke flatform. Kalut pula kat sini sebab tak tahu kena ambil boarding pass macam naik flight tu. Masa tu dekat pukul 10 dah. Makcik yang bertugas tu tolong buatkan kat mesin, tapi tak berjaya. Panggil pulak staff yang lain. Aduhhh, adrenalin dah mula naik nih. Apa taknya, kalau terlepas tren, tak ke naya?
Alhamdulillah, boarding pass dapat gak akhirnya. Rupanya makcik tu tadi pun tak reti. Dia salah tekan button, tu yang tak boleh keluar boarding pass. Ishh, makcik..makcik...
Masuk dalam tren, ingatkan seat dua orang. Rupanya, duduk dalam satu bilik yang ada 8 seat. Masa tu dah ada seorang brother ni. Dia la tolong angkatkan beg kami yang maha berat tu. Tak lama kemudian, datang pula 2 orang perempuan. Memang letih la duduk 5 orang dalam satu bilik. Dengan seat tak boleh nak adjust. Bayangkan kalau seat ni semua penuh. Nak menempuh perjalanan 9 jam. Tu pun nasib baik brother tu keluar dari bilik tu dan entah lepak kat mana sepanjang malam tu sebab dia nak dengar radio. Almaklum, demam world cup. Dapat la kami tido berbaring bergilir-gilir.
Dua orang perempuan sebilik dengan kami tu pun peramah. Mereka ni adik beradik. Si kakak boleh la bercakap bahasa inggeris broken walaupun kadang-kala tak paham sangat apa dia cakap. Si adik langsung tak boleh bercakap bahasa inggeris. Mereka ni berasal dari Chille dan datang bercuti ke Spain. Bertuahnya mereka ni sebab duduk dalam satu rumpun yang menggunakan bahasa yang sama. Kami siap belajar bahasa Spanish yang simple-simple dengan mereka.

Gambar dalam train tak ada. Masing-masing dah letih giler, tak ada perasaan dah nak bergambar.huhu
bestnya dapat gi sana zilah
ReplyDeletememang best sa.tak puas rasanya
ReplyDelete