30 Jun 2010_Madrid
Memang letih 9 jam duduk dalam keretapi. Pukul 7+am, kami sampai ke stesen Madrid Charmatin. Badan letih, dengan heret beg berat nak mampus. Qory pulak galas beg depan belakang. Tambah letih dan tension bila tanya kat kaunter train, semua tak reti bercakap bahasa inggeris. Punya susah nak dapatkan maklumat atau panduan macam mana nak pergi ke hotel dari stesen ni. Sana sini seret beg sambil tanya orang. Akhirnya jumpa Tourist Information tapi pukul 8 baru buka. Sementara tunggu kaunter buka, kami pergi toilet dan selesaikan apa yg patut dulu.
Rupa2nya kami dah tersalah turun stesen. Sepatutnya turun di stesen Atocha sebab hotel tu lebih dekat dengan stesen tu. Dari sini kena berpatah balik ke Stesen Sol sebab lebih dekat kalau nak berjalan kaki ke hotel. Lega bila call hotel tanya boleh tak check-in awal, dia kata boleh. Hari ni pulak, metro tak jalan sebab ada strike. Naik bas memang tidak digalakkan langsung sebab jalan sesak. Kami kena naik train biasa iaitu Cercanías. Kat sini menjadi perkara biasa strike nih. Kena ada back-up plan supaya perjalanan tak tergendala apabila tiba2 diaorang buat strike.
Hostal Villar, Madrid
On the way ke Plaza Oriente
Berpandukan peta, kami sampai ke Plaza de Oriente (east). Plaza ini terletak di sebelah timur Royal Palace dan selesai dibina pada zaman pemerintahan Isabel II. Pembinaannya dimulakan pada tahun 1808-18014 AD iaitu pada zaman Sepanyol diperintah oleh Joseph Bonaparte.
The Teatro Real (also known as the Teatro de la Opera) is among the buildings that are grouped in a semicircle around the square.
Patung Philip IV (King of Spain between 1621 - 1665) yang dibuat pada 1843
Berdiri di taman ini adalah patung pemerintah Sepanyol. Asalnya patung ini dibuat untuk perhiasan di atas bumbung Royal Palace. Bila dah siap, didapati ianya terlalu berat untuk diletakkan di atas bumbung. So, berdirilah dia dalam taman ini aje
Kat sebelah plaza ni adalah Royal Palace yang digunakan oleh Raja Sepanyol untuk upacara istiadat negara. Ianya dibina di lokasi Alcazar yang terbakar pada 1734. Istana ni ada 2800 buah bilik tetapi pelawat hanya dibenarkan melawat 50 buah bilik sahaja.
Kami tak masuk pun dalam istana ni, hanya mengambil gambar dari cathederal berhadapan istana. Bila search dalam internet, aku tengok ukiran atau seni bina dalam istana tak banyak bezanya dengan istana Versailles di Paris. Dari ukiran patung2 manusia sampailah hiasan silingnya. Kat Paris dah puas tengok, so tak payah la bazirkan duit kat sini lagi.
Nak bergambar lebih2 sangat pun tak ada mood. Cuaca terlalu panas. Perut dah mula lapar. Apalagi, cari port untuk berkelah.
Ingat nak makan dalam taman awam depan istana ni, tapi...uwekkk..banyaknya taik anjing! Orang kat sini memang tak berdisiplin la. Kalau kat Sweden, aku tak jumpa lagi la taik anjing merata2. Tuan punya anjing akan kutip dan buang taik anjing masing2 dalam tong sampah khusus yang disediakan. Kat Barcelona pun aku tengok bersih. Tapi kat sini, ayoooo..
Akhirnya kami berpatah balik ke taman di Plaza de Oriente. Nampak aje bangku kosong, terus melabuhkan punggung. Tengah syok makan, tiba2 aje datang haiwan peramah yg ada di mana2 nih. Meloncat la Qory. Lari pusing bangku tapi bekas makanan tak lepas dari tangan. Mulut pulak tak henti cakap “good dog, good dog..” Aku pulak, angkat kedua-dua belah kaki atas bangku. Anjing ni blah bila tuan dia panggil. Kurang asam punye anjing. Mula memang berdebar, tapi lepas tu jadik bahan jenaka kami pulak incident tuh.
Nak bergambar lebih2 sangat pun tak ada mood. Cuaca terlalu panas. Perut dah mula lapar. Apalagi, cari port untuk berkelah.
Ingat nak makan dalam taman awam depan istana ni, tapi...uwekkk..banyaknya taik anjing! Orang kat sini memang tak berdisiplin la. Kalau kat Sweden, aku tak jumpa lagi la taik anjing merata2. Tuan punya anjing akan kutip dan buang taik anjing masing2 dalam tong sampah khusus yang disediakan. Kat Barcelona pun aku tengok bersih. Tapi kat sini, ayoooo..
Akhirnya kami berpatah balik ke taman di Plaza de Oriente. Nampak aje bangku kosong, terus melabuhkan punggung. Tengah syok makan, tiba2 aje datang haiwan peramah yg ada di mana2 nih. Meloncat la Qory. Lari pusing bangku tapi bekas makanan tak lepas dari tangan. Mulut pulak tak henti cakap “good dog, good dog..” Aku pulak, angkat kedua-dua belah kaki atas bangku. Anjing ni blah bila tuan dia panggil. Kurang asam punye anjing. Mula memang berdebar, tapi lepas tu jadik bahan jenaka kami pulak incident tuh.
Sebelum incident "disapa" oleh anjing tu. Cisss kau anjing!
Cervantes Monument
Edificio España (Spain building)
The Spanish Senate (Spanish: Senado de España)
Dapat makan aiskrim waktu panas camni, alangkah nikmatnyaaa...yummy
Kat sini juga ada Telefónica Building iaitu bangunan pencakar langit pertama dibina di Eropah. Bangunan ini dibina antara tahun 1926 hingga 1929 untuk syarikat komunikasi Sepanyol. Tinggi bangunan ni 88 meter (290ft) dan merupakan yang tertinggi di Madrid telah direka oleh Louis S. Weeks seorang warga Amerika.
Penat berjalan, masuk kedai baju. Jamu mata sambil sejukkan badan. Baju2 kat sini nak kata mahal sangat, tak juga. Kalau setakat nak beli sehelai dua, siapa2 pun mampu rasanya. Nak cari blouse long sleeve tak ada masalah.Cuma, baju2nya agak nipis la. Maklum, musim panas katakan...
Kami teruskan perjalanan ke Hard Rock Cafe. Jauh dah kami berjalan ni, memang lenguh sangat kaki. Nasib baik jumpa tempat dicari.
Lepas beli barang, teruskan perjalanan ke Arc de Triumph, Madrid. Kebanyakan negara Eropah ada Arc de Triumph masing-masing. Tidak ketinggalan juga Barcelona, tapi kami tak sempat tengok monument ni kat sana. Kat sini, kami hanya dapat ambil gambar dari jauh sebab jalan terlalu sibuk dengan kereta.
Tak jauh dari Arc de Triumph ini adalah Plaza de Cibeles. Di sinilah terletaknya Palacio de Comunicaciones iaitu Madrid Central Post Office yang dibina pada tahun 1904. Sayangnya, waktu ini bangunan ini sedang dibuat renovation. Tak nampak sangat la bentuk keseluruhan bangunan cantik ini. Berhadapan bangunan ini adalah jalan raya yang sangat sibuk. Di tengah square ini terdapat fountain yang digelar Cibeles di mana patung Goddess of Fertility duduk di atas kereta yang ditarik oleh 2 ekor singa. Mengikut lagenda, 2 ekor singa ini asalnya manusia yang telah di sumpah menjadi predators kerana telah merosakkan Goddess´ temple. Keseluruhan patung ini dibuat dari marmar. Sebab itulah Plaza ini digelar square with a neo-classical complex of marble sculptures.
Sekitar Plaza de Cibeles ini ada beberapa bangunan lain seperti Bank Sepanyol, House of America dan markas tentera.
Selesai bergambar, kami putuskan untuk balik ke hotel. Kebanyakan tempat menarik yang kami senaraikan, telah habis cover hari ini. Esok, tinggal beberapa tempat lagi.
Nak berjalan kaki ke hotel memang jauh. Kuatkan semangat...kuatkan semangat
Bila nak sampai area hotel kami terletak, kami cari supermarket untuk beli beberapa barang keperluan. Yang kelakarnya, setiap supermarket kat sini ditulis “supermercats” tapi bila tanya kat local people mana supermarket yang terhampir, sorang pun tak faham. Dah le penat nih. Bila buka kamus, rupa2nya diaorang panggil supermarket tu “supermercado”. Bila sebut je “supermercado” lancar je diorang tunjuk direction. Sabar je laa...

Kalau tengok dari tepi aje, memang tak tau ini adalah supermarket
i like that good dog! ;-)
ReplyDelete