04 July 2010_Jejak Al-Hambra (Part 4) @ The Wine Gate
Berjalan dari Palace of Charles V ke Alcazaba, kami melalui The Wine Gate (Puerta del Vino). Oh! Ya, lupa nak cerita. Tempat kami lepak sambil menikmati makanan tengah hari, namanya ialah Square of the Cisterns (Plaza de los Aljibes).
Square ini diberi nama sedemikian kerana tangki air yang dibina oleh Count of Tendilla pada tahun 1494 di alur antara Alcazaba dan istana-istana. Tangki yang berukuran 34 meter panjang, berkelebaran 6 meter dengan ketinggian 8 meter ini kemudiannya menjadi square yang ada sekarang dan jalan-jalan sekitarnya setelah ianya ditambak. Square ini membentuk pelataran yang luas antara Alcazaba, the Wine Gate (Puerta del Vino), Nasrid Palace dan Charles V Palace.
The Wine Gate (Puerta del Vino) dibina semasa zaman pemerintahan Mohammed II. Terdapat dua teori berkenaan pemberian nama gate ini. Pertamanya, sejak tahun 1556, para tetangga Alhambra minum sampai mabuk dan meninggalkan wine yang sepatutnya diserah sebagai tax di sini. Manakala, teori satu lagi menyebut kerana kekeliruan pada kata nama "Bib al-Hamra" yang bermaksud Red Gate atau Gate to the Alhambra yang sepatutnya menjadi nama asal pintu gerbang ini dan kata nama "Bib al-jambra" yang bermaksud Wine Gate.
Permukaan luar pintu gerbang ini mempunyai lengkungan berbentuk ladam kuda. Manakala, di ambang pintu gerbang ini, terdapat simbol anak kunci dengan tulisan berbunyi "Glory to our Master the Sultan Abu 'Abd Allah al-Gani Billah (Mohammed V)."
Sama seperti permukaan belakang pintu gerbang, balkoni berkembar yang terdapat di permukaan pintu gerbang ini dibina kemudian.
Pengunjung pasti akan mengagumi lengkungan berbiku yang dihiasi batu bata polikrom. Pada lengkungan ini pula terdapat jenang dalam bentuk hirisan terpotong yang memberi sokongan pada balkoni berkembar. Di kedudukan menyerong sisi balkoni ini, terdapat lambang Raja-raja Nasrid dan teks berbunyi "Only Allah is Victor".
Good work!
ReplyDeleteAnonymous : TQ
ReplyDelete