Kali ke-3 buat ni

Eh, dah pukul 12.20 am. Baru ni boleh duduk mengadap laptop dengan amannya. Jom tengok hasil masakan aku malam tadi. Nak bagi nama resepi ni pun serba salah. Sebab apa? dalam resepi asalnya diberi nama "As-You-Like_It Breakfast Casserole". Panjang benor namanya. Aku bagi nama baru la "Puding Roti Campuran". Ok tak?

Seperti biasa, aku masak main belasah aje. Buat ikut bahan yang ada di rumah. Jadi, banyak la yang dah menyimpang dari resepi asal. Maka aku tulis semula la bahan dan cara menghasilkannya. Tapi, untuk anda yang mungkin nak tengok resepi asal, sila la klik sini.

BAHAN2

4 biji telur
1 cawan susu low fat (cap Dutch Lady)
8 keping cheese sandwich slices (sebab nak habiskan cheese yang sangat masin bagi aku) - carik2kan
4 keping roti wholegrain fibremeal - potong kiub

Bahan untuk inti

1/2 tin tuna flakes in water (lebihan buat sandwich roti hari sebelum tu)
1 batang carrot - potong dadu
1 biji kentang - potong dadu
4 biji cendawan segar shitake - hiris nipis
2 biji putik jagung - hiris bulat2
2 biji cili hidup - hiris
1/2 batang celery - hiris sedang2 aje
1/2 biji bawang besar - potong dadu
Dried herbs : Basil, rosemary, oregano - agak2
Serbuk lada hitam - agak2 juga
Garam - secukup rasa
Minyak masak - untuk menumis

CARA2

1. Panaskan minyak masak
2. Tumis bawang besar sampai naik bau
3. Masukkan sayur (aku suka ikut turutan dari yang paling lambat nak empuk sampai ke yang mudah empuk)
4. Masukkan tuna, garam, lada hitam, dried herbs - kacau hingga sebati dan tutup api
5. Pukul telur menggunakan whisk, tambah susu dan cheese (cheese ini aku tak habiskan semua sebab nak tabur di atasnya)
6. Masukkan roti dan inti yang dimasak tadi ke dalam adunan telur. Gaul rata dan tuang ke dalam casserole dish yang telah digris.
7. Tabur lebihan cheese tadi
8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180'C selama 50 minit - 1 jam atau sehingga bahagian atas bertukar sedikit keperangan.
9. Boleh dimakan dengan sos atau begitu sahaja

Hasilnya?

tadaaaaa...(ala2 african sikit bahagian atasnya.huhu)


Comments

  1. Waaaa...lazatnya...terliur org kat sini tgk :) Good work!

    ReplyDelete
  2. Ada lagi baki ni.Mai la ambik:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"