03 July 2010_Kota Córdoba.Andalusia...Adios
Hari terakhir di Kota Córdoba yang indah ini.
Note €500 ini dah banyak tempat kami pergi, tak boleh nak guna sebab terlalu besar dan mereka tak ada change. Tempat tumpuan pelancong, tidak menyediakan duit kecil? Akhirnya terpaksa withdraw duit kat mesin ATM luar Mezquita
Pelan lantai Mezquita
Maaf, aku tidak tahu sejarah kayu yang digantung di dinding ini. Mungkin kalau kami menyewa audio guide, ada diterangkan sejarahnya.
Halaman Mezquita ini di tanam dengan pokok oren. Sebab itulah ianya digelar Orange Garden. Rasanya pertama kali aku melihat pokok oren secara live. Di tengah-tengah Mezquita ini, didirikan sebuah Cahtederal.
Masuk sahaja dalam Mezquita, anda akan disajikan keindahan Patio de los Naranjos.
Malahan, semasa menunjukkan tiket masuk ke dewan utama, kami dah ditanya oleh petugas di situ “muslim?”. Bila kami jawab “yes” terus dia warning “not possible pray inside”. Mereka ini takut dengan bayang-bayang sendiri...takut umat Islam mengimarahkan masjid ini kembali.
Selepas penutupan Mezquita ini untuk Islam, Dr. Allama Muhammad Iqbal merupakan orang terakhir yang bersolat di sini pada tahun 1931.Biskop Juan Jose Asenjo telah menolak rayuan Dewan Islam Sepanyol bagi membolehkan orang Islam menggunakan Mezquita ini untuk bersolat.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dewan utama yang dahulunya adalah dewan solat, hati lebih merasa tak “best”. Apa yang ada di dalam Mezquita ini sebenarnya tidak lagi menggambarkan ianya pernah menjadi Masjid.. Di setiap sudut, dinding dan siling masjid ini diletakkan dengan patung dan salib. Aku rasa mungkin asalnya dinding masjid ini diukir dengan kalimah2 suci Allah tapi mereka cabut dan gantikan dengan ukiran dan patung agama mereka.

Lihat sahaja hiasan dindingnya. Penuh dengan patung. Juga lampu dan liling bercahaya malap yang selalu digantung dalam church
Reka bentuk masjid ini sangat cantik. Lihat sahaja tiang berwarna merah bata ini.
Juga dekorasi silingnya yang pelbagai bentuk
Hanya sedikit sahaja hiasan bercirikan Islam ditinggalkan. Contohnya, ukiran kaligrafi Arab ini. Juga mihrab yang dipagar serta dikunci!
Mihrab
Apa yang aku tunjukkan dalam gambar ini, juga tidak diketahui asal-usul dan sejarahnya. Semuanya tidak diletakkan penerangan hatta ringkasan sekalipun. Dua teori yang kami buat iaitu: pertama, sebab nak untung lebih apabila pengunjung terpaksa sewa audio guide mereka yang mahal itu! kedua, tidak mahu mendedahkan sangat sejarah sebenar masjid ini
Ikuti Sejarah Mezquita ini di sini.
Kami berada di dalam Mezquita ini lebih 2 jam. Sebenarnya bukanlah sebab seronok sangat melihat gereja tetapi sebab perut aku meragam pulak hari ini, terpaksa duduk lama dalam ni. Bila perut dah agak2 selesa sikit, barulah kami keluar.
Gambar Bawah : Kolum Archangel Raphael
Di sebelah barat Mezquita iaitu hanya dalam beberapa langkah, kami temui Palacio de Congresos y Exposiciones. Palacio de Congresos ini adalah Cordoba Conferences Centre di mana kebanyakan conference antarabangsa diadakan di sini.
Gothic facade of the old Hospital de San Sebastian, now the Cordoba Conference Centre , where major international conferences are held

Di Córdoba ni memang banyak hiasan berasaskan seramik. Cantik pula tu...tengok ni
Lepas snap dua tiga keping gambar, kami keluar. Niat nak cari Tourist Information kaunter, tapi menurut kata pekerja kat Palacio de Congresos y Exposiciones, kaunter dah tutup waktu ni.
Jadi, kami pun teruskan perjalanan untuk cari Alcázar de los Reyes Cristianos. Dalam 10 minit lebih juga berjalan kaki dari Alcázar de los Reyes Cristianos tadi. Tapi, bila sampai kat sini, tempat ni macam tutup. Lagi pun, kami nak cepat memandangkan perjalanan masih jauh dan masa dah suntuk.
Alcazar de los Reyes Cristianos (Sepanyol untuk "Alcazar dari Monarki Kristian"), juga dikenali sebagai Alcazar Cordoba, adalah Alcazar abad pertengahan yang terletak di Cordoba, Sepanyol di sebelah Sungai Guadalquivir dan berhampiran Mezquita. Alcazar adalah istana atau kubu di Sepanyol yang dibina oleh Moors. Perkataan ini berasal dari perkataan bahasa Arab Alqasr atau Istana. Kubu ini merupakan salah satu tempat tinggal utama Isabella I dari Castile dan Ferdinand II dari Aragon.

Perjalanan seterusnya kami melalui Sinagoga atau Synagogue iaitu kawasan bagi komuniti orang Yahudi yang dibina pada tahun 1315. Sinagoga bermaksud bangunan atau tempat pertemuan untuk ibadah dan pengajaran agama Yahudi. Ianya merupakan satu-satunya Sinagoga di Andalusia yang bertahan ketika pengusiran dan pembuangan orang Yahudi pada tahun 1492 dan salah satu daripada tiga Sinagoga kuno yang tinggal di Sepanyol. Dua darinya terletak di Toledo.
Setelah orang-orang Yahudi diusir dari Sepanyol pada tahun 1492 (tahun di mana kejatuhan pemerintahan Islam dan Kristian berkuasa), rumah ibadat Yahudi ini kemudiannya dijadikan hospital. Pada tahun 1588, ianya dijadikan Catholic chapel. Hari ini pula, Sinagoga telah menjadi muzium. Sebab namanya muzium, maka kami tak masuk la.
Di kawasan ini, banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Kami singgah di salah satu kedai souvenir untuk memenuhkan koleksi fridge magnet.
Selain seramik, Córdoba juga terkenal dengan pembuatan barangan kulit yang sangat berkualiti. Berdasarkan peta dan panduan yang terdapat dalam buku Spain, kami cuba cari kedai barangan kulit yang disyorkan. Dari satu lorong ke satu lorong kami teroka. Makin jauh berjalan, kami temui kawasan yang makin happening. Cuma di kawasan ini, barangan seperti t-shirt dan cendera hati makin mahal. Mungkin sebab menjadi tumpuan pelancong agaknya.

Kedai barangan kulit, Meryan yang terletak di Jewish Quarter
Bosannya, jom blah la...kami ikut laluan masa datang tadi. Sungguh aku cakap, kawasan ni memang best gile. Aku suka suasana kat sini. Mata meliar ke kiri kanan deretan kedai.
nak makaannn....vibrate gile dah ni..huhu
Lepas pekena lasagna vege yang dikongsi dua orang, baru tenaga datang balik. Boleh teruskan perjalanan balik ke hotel untuk ambil beg.
Kami selamat sampai ke Cordoba Central dengan menaiki bas no.3. Alhamdulillah, kali ni sampai awal dan sempat beli roti untuk bekalan dalam train. Train ke Granada pukul 7pm. Ada lagi 30 minit.
Tertarik dengan motor ini masa tengah tunggu bas nak ke Cordoba Central
Inilah keretapi Renfe yang membawa kami ke Granada
Bila sampai di stesen Granada, hari masih cerah. Dari jauh nampak kawasan pergunungan yang terdapat salji memutih di atasnya. Mesti sangat tinggi gunung tu.
Di sini, kami tercari2 bas awam untuk ke hotel, tapi tak ada. Cuma ada teksi, tapi orang memang ramai beratur. Lepas tercangak2 dalam 10 minit kat situ, Qory bertanya kepada seorang pelancong wanita yang kami temui dalam RENFE Information Counter tadi. Kami nak tahu macam mana nak jalan kaki dari sini ke hotel. Dengan murah hatinya beliau tolong kami berurusan di RENFE Information Counter sebab beliau boleh berbahasa Spanish walaupun bukan warga Sepanyol.
Kata staff di situ, hotel tak jauh dari stesen ni. Kami cuba berjalan kaki walaupun dah letih teramat sangat badan ni. Dari dua beg masa mula2 datang ke Spain, sekarang dah jadi 3 beg!
Harapkan GPS, tapi makin tak nampak jalan kami akan sampai ke hotel. Bila tanya orang, mesti cakap tak jauh dari sini, 10 minit berjalan. Memang tak boleh percaya lagi dah, kami naik teksi. Mula2 tu pemandu tu tak nak hantar sebab dekat sangat katanya dan dia tak boleh charge mahal. Lepas menyatakan kesanggupan membayar €10, dia akhirnya setuju untuk hantar. Perjalanan menaiki teksi pun lebih dari 10 minit, macam mana la orang yang kami tanya jalan tadi boleh estimate 10 minit dengan berjalan kaki? mungkin la ada short cut..tapi mereka tunjuk laluan lurus je tadi.
Apa2 ajelah..yang penting kami sampai gak ke hotel hampir pukul 11 malam. Pulak tu, masa berurusan di kaunter receptionist, staff kat situ sedang asyik menonton World Cup, Sepanyol vs Paraguay. Mata dia kejap2 tengok kat tv. Sabar je lah...
Bilik Hotel Granada Centro ini sangatlah kecil. Kalau baringkan beg beroda tu memang tak boleh nak jalan jawabnya. Terpaksa masukkan separuh badan beg bawah katil, baru boleh lalu. Keseluruhannya, bilik ni bersih dan bilik air pun lawa.
Spain menang dalam perlawanan menentang Paraguay. Apa lagi, sana sini la terdengar sorakan, wisel dan macam2 bunyi lagi lah. Nasib baik badan ni letih, kalau tak, mau tak leh tido.
Nikmati video pemandangan semasa dalam train dari Córdoba ke Granada
Kamu mengata ye di bulan puasa ini..huhu
ReplyDeleteSebenarnya ada 1 tempat di sekitaran Kordoba yang eksotis: Medina Azahara (Madinatuzzahra), kotapraja yang dibangun oleh Khalifah Abdurrahman III pada abad ke-10. Lokasinya 7 km di barat Kordoba.
ReplyDelete